8 Lokasi ‘Syurga Tersembunyi’ Di Indonesia Buat Anda Terus Mahu Ke Sana

Buat anda yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi, Indonesia merupakan di antara negara terbaik yang boleh dikunjungi. Sejak akhir-akhir ini, banyak lokasi-lokasi menarik di Indonesia yang mula mendapat perhatian pelancong dari seluruh dunia untuk ke sana. Antaranya adalah Danau Kaolin dan ‘Little Afrika’ Taman Nasional Baluran.

 

Bagi pelancong Malaysia, travel ke Indonesia boleh dikatakan satu pilihan yang sangat ideal. Bukan sahaja boleh dikunjungi pada bajet yang rendah, malah dari segi makanan, budaya dan komunikasi boleh dikatakan hampir tiada masalah. Satu keistimewaan untuk rakyat Malaysia.

Sempena kerjasama AirAsia dan Kementerian Pelancongan Indonesia baru-baru ini, kami nak kongsi 8 lokasi ‘syurga tersembunyi’ yang cantik membiru ada di Indonesia untuk anda terjah bila ke sana. Yang sempat rebut tiket tambang rendah RM79* AirAsia, ini bonus untuk anda.

1. Telaga Rambutan Monte, Jawa Timur


Umpama Tasik Kaminoko Ike di Jepun, Telaga Rambutan Monte yang terletak di daerah Blitar ini juga tidak kalah cantiknya. Tasik dengan air yang sangat jernih dan warna kebiruan ini pastinya memberikan anda suasana yang santai serta menenangkan. Uniknya, di sini terdapat ikan purba yang kononnya ikan milik para dewa.

2. Telaga Biru Semin


Memukau! Itu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keindahan Telaga Biru Semin. Sebelum terkenal sebagai lokasi pelancongan, Telaga Biru Semin ini pada asalanya merupakan bekas galian yang terbiar bertempat di daerah Kabupaten Gunung Kidul, Yogyakarta.

3. Danau Tebing Makariki

danau tebing makariki
SUMBER: T-BARONDA.BLOGSPOT.COM
Jangan lepaskan peluang ke Tebing Makariki jika berkunjung di Maluku Tengah. Lokasi indah dengan keindahan air berwarna biru ini dikatakan masih lagi terjaga dan jarang dikunjungi pelancong asing. Danau Tebing Makariki terletak di kaki Gunung Binaia, untuk sampai ke sini anda perlu berjalan kaki selama 2 jam.

4. Danau Koalin, Belitung

Awal tahun lepas, Danau Koalin menjadi lokasi paling hits di Indonesia. Keindahan air berwarna biru yang dikelilingi tebing putih menjanjikan permandangan yang cukup mempersonakan buat anda. Salah satu tempat mesti pergi bila sudah ke ‘Laskar Pelangi’.

5. Danau Labuan Cermin

danau-labuan-cermin-kalimantan-timur
SUMBER: KSMTOUR.COM
Danau Labuan Cermin terletak di daerah Kalimantan Timur. Dikelilingi hutan bakau dan bukit-bukit tinggi, Danau Labuan Cermin miliki keunikan tersendiri. Air dua rasa, masin di bahagian dasar dan rasa tawar di bahagian atas permukaannya merupakan tarikan utama pelancong yang datang ke sini.

6. Danau Biru Walasiho

danau biru kolaka utara (4)
SUMBER: BOBBYALIMUDDINPAGE.BLOGSPOT.COM
Danau Biru Walasiho terletak di Desa Walasiho, Sulawesi Tenggara. Bukan hanya cantik, Walasiho di kelilingi pokok-pokok hijau serta air yang sejuk buat anda mahu berendam sepuas-puasnya. Selain daripada itu, Walasiho terkenal sebagai lubuk Ikan Kerapu.

7. Telaga Samares, Papua

 


SUMBER: INSTAGRAM
Telaga Samares terletak di Desa Samares, Biat Timur, Biak Numfor, Papua. Menariknya, tempat ini digelar sebagai tempat paling biru di Indonesia. kejernihan airnya yang berwarna biru terang ini pasti membuatkan siapa sahaja jatuh cinta.

8. Situ Cilembang, Jawa Barat


SUMBER: INSTAGRAM @AMBOREYNALDI
Situ Cilembang merupakan sebuah danau kecil yang menjadi sumber air bagi penduduk di Dusun Curug ini mempunyai banyak nama, antaranya ialah Sirah Cilembang, Situ Cilembang, Danau Biru Hariang Cilembang. Terletak di daerah Sumedang, Jawa Barat, tempat cantik ini mula menjadi buruan pelancong sejak beberapa tahun lepas.

Tetapi harus diketahui, pelancong yang datang ke sini dilarang sekerasnya untuk mandi dan berenang. Sebagai menghormati penduduk di sini, cukuplah sekadar membasuh muka atau mencuci tangan sahaja.

Add Comment