Asiah Mohon Cerai kerana suami paksa solat subuh – ini kisah menyedihkan yang patut anda baca!

Pernikahan tidak pernah menjanjikan sebuah kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Oleh itu, setiap pasangan yang sudah bergelar suami isteri perlu banyak bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

Apabila tidak lagi sehaluan dan masalah sudah tidak terbendung akan menyebabkan berlakunya penceraian.

 

 

Asiah dan sahabatnya, Siti Kasim

Hari ini, Asiah Abd Jalil yang berfahaman liberal dan selalu memberi kenyataan kontroversi mengenai poligami mengfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Mohd Hatta Saadon atau tiga alasan iaitu tiada lagi persefahaman (syoqaq berpanjangan), perbezaan pendirian politik (suami terlalu taksub dengan parti PAS) dan suami menuduh dirinya telah murtad.

 

 

Bagaimanapun, suaminya menafikan dakwaan Asiah yang menuduh isterinya itu murtad.

 

“Lillahitaala abang tidak menuduh murtad.. berbeza andai kita menasihati.. dan menuduh.. menasihati agar tidak menuruti dan berbuat ke arah yang bercirikan kekufuran, munafik, murtad dan apa jua sifat2 yang tercela…”tulisnya.

 

Dalam posting yang berlainan, Asiah turut melahirkan kekecewaan terhadap suaminya yang memaksanya untuk solat subuh.

 

“Encik suami tunjal-tunjal kepala dan badan saya untuk kejut solat Subuh. Continuously for 30 minutes. Seriously sakit dan annoying.

 

“Saya cakap, saya menyampah dia buat macam tu. Saya enggan solat sehinggalah kami bercerai. Lepas sah bercerai nanti, saya akan qadha semua solat saya.

 

“Encik suami kata, saya tak suka dia tunjal-tunjal saya sebab syaitan dalam badan saya yang rasa sakit.

 

“Akhirnya saya bangun dan tunjal kepala encik suami dua kali. Encik suami tersentak dan bagitau dia tak suka perbuatan saya. Maka terbuktilah lelaki soleh yang jaga solat pun tak suka bila kepala ditunjal,” tulisnya.

 

 

 

Dakwaan tunjal kepala dan badan untuk kejut solat Subuh juga turut dinafikan oleh suaminya.

 

 

 

 

Menurut penyusakti.wordpress.com, tuntutan cerai mengikut kod 055 kebiasaannya memerlukan persetujuan suami, kerana bukan tuntutan fasakh. Bagaimanapun, ini tertakluk kepada perbicaraan yang ditetapkan pada 9 November 2017.

 

Apapun, diharapkan ada jalan penyelesaian terbaik buat mereka. – CARI

 

Add Comment