Awas! Makanan Segera Punca Penyakit Rahim, Dr. Hamid Arshat Pesan 10 Cara Ini Untuk PELIHARA KESUBURAN Wanita

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi…
Menyedari betapa pentingnya fungsi organ peranakan wanita untuk menyambung zuriat keluarga, Pakar Sakit Puan terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat berkongsi 10 cara terbaikl untuk menjaganya. Semoga ilmu yang disampaikan ini berfaedah untuk ramai wanita.
Rahim diciptakan khas untuk wanita sebagai tempat pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah.
Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ serta anggota yang sempurna, sebelum akhirnya ditiupkan roh ketika berusia 120 hari.
Namun ketika ini, semakin ramai wanita yang mengalami penyakit berkaitan rahim antaranya ketumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan.
Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan yang banyak serta risiko kemandulan. Sungguh menyedihkan apabila situasi ini berlaku.
Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama, tetapi masih boleh dibuang dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

10 Cara Penjagaan Rahim
(1) Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara atau adik-beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Berusaha untuk elakkan diri daripada faktor-faktor penyebab.
(2) Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Ketika hamil, otot rahim membesar dan kembang hingga 1000 kali saiz normal. Selepas bersalin, ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam risiko ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.
(3) Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) manakala progesteron meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang, estrogen boleh menimbulkan pelbagai penyakit dan gangguan. Diantaranya:
Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
Kemandulan dan sukar hamil.
Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga adalah sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan semburan pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
(4) Faktor yang mengganggu keseimbangan hormon ialah tekanan fizikal dan mental serta gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet, kegemukan (obesiti) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesteron berkurangan.
(5) Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Seringkali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.
Jika menghadapi masalah lelehan atau vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, itu adalah antiseptik terbaik untuk wanita. Ambil suplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Suplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya di bahagian rahim.

Add Comment