Cadang Kerajaan Naikkan Harga Rokok RM50 Sekotak Dalam Bajet 2018

Menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan dicadangkan agar menaikkan harga rokok sehingga RM 50 sekotak bagi membantu usaha membendung gejala dadah melibatkan remaja dan belia.

Cadangan itu dikemukakan oleh Ahmad Saparudin Yusuf yang juga Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM). Cadangan tersebut diutarakan olehnya bagi menjadikan rokok sebagai barang jualan yang mahal dan tidak mampu dibeli seihingga menyukarkan remaja dan belia untuk mendapatkannya.

Ujarnya lagi, melalui pengalaman dan perbincagan dengan pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan anak luar nikah, penagihan dadah dan virus HIV, kebanyakkan masalah tersebut berlaku berpunca daripada rokok, selain turut menjadi penyebab kepada beberapa masalah kesihatan dalm kalangan masyarakat.

“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya lagi.

Sumber : Utusan Online

KDN Tidak Menafikan Wujud Sembilan Dragon Kawal Malaysia Seperti Didakwa PPIM
Tiada penafian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa wujudnya sembilan dragon yang menguasai penguatkuasa di negara ini bagi membolehkan aktiviti haram dijalankan.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak kerajaan tahu kewujudan pihak berkenaan dan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita tidak menafikan wujud­nya golongan yang menjalankan aktiviti berkenaan malah perkara ini sentiasa dipantau kerajaan.

“Namun, kerajaan berusaha mengawal kegiatan mereka supaya tidak keterlaluan sehingga merosakkan masyarakat,” tambahnya.

BACA: PPIM Dakwa Ada 9 ‘Dragon’ Kawal Malaysia, Kaut Untung RM 5 Bilion Sebulan

Berdasarkan sumber yang melaporkan, kegiatan judi haram serta mengutip hasil sehingga RM5 bilion sebulan antara kegiatan sembilan dragon yang menguasai negara ini.

Disamping itu, sindiket itu juga didakwa turut merasuah pihak penguat kuasa serta mampu menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam.

Nur Jazlan enggan mengulas lebih lanjut akan tetapi seperti mengiakan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sumber – Utusan Online

Add Comment