LELAKI JANGAN BUKA LINK INI! GARA GARATERLALU PERIT SAKIT BENGKAK SUSU, IBU NYARIS BUNUH ANAK!

Assalamualaikum sis… tolong kongsikan kisah ini di 9bulan10hari. Janganlah sesiapa buat apa yang saya buat pada baby Nuar.
Gara-gara BENGKAK SUSU ini saya nyaris bunuh anak saya guna bantal. Kegilaan apa ini? Meroyan ka? atau dihasut Syaitan Iblis. Sanggup saya melakukan anak saya macam tu.. Mana perginya kasih sayang saya sebagai seorang ibu?? Semuanya gara gara kesakitan melampau! Kesakitan yang dilalui menyebabkan fikiran saya tidak lagi waras.
Kisahnya, pada hari ke 4 berpantang, susu saya membengkak teruk. Sakit yang amat. Saya demam.
ANAK pula menangis tak berhenti. Saya tak tahu dia nak apa…bila bagi susu, susu tak keluar tapi buah dada ni bengkak sangat. Kejap kejap berdenyut & sakit. Susu keluar setitik tapi bengkak macam nak pecah. Puting pulak tenggelam. Sakit bengkak susu ni.
BILA IBU TERTEKAN & SAKIT, KETIKA ITU SYAITAN & IBLIS BERBISIK…

Masa tu suami, ibu siapa pun tak ada di sebelah. Masa tu juga saya dengar ada orang berbisik. Disebabkan terlalu tertekan,
Saya cekup muka anak saya dengan bantal… Nuar menangis.. kaki & tanganya mengelupur… saya nampak semua tu.. saya nampak Nuar tak selesa… tapi sakit payudara saya ni lagi perit.
Tiba tiba mak saya menjerit & pukul tangan saya & dukung Nuar bawa ke ruang tamu. Saya terdiam. Menangis & kembali dapatkan Nuar & ciumnya berulang kali.
Mak peluk saya. Mak tanya kenapa dengan saya. Saya kata payudara saya sakit. Mak saya cepat cepat minta adik panggil bidan kampung datang rumah.
Allah…. makcik Siti cakap “bengkak teruk ni, patut demam.. puting pun buta.. patut susu tak keluar elok”
ALLAH ALLAH ALLAH… sakitnyaaaa… menjerit saya masa makcik Siti urut breast ni… tapi memang saya nampak susu semua tiba tiba memancut keluar dengan banyaknya selepas makcik Siti urutkan..
Mak cepat cepat bawak Nuar & saya bagi susu… berseleranya Nuar minum susu ni…
Ya rabbi… rupanya susu membengkak dalam breast ni sebab saluran nak keluar tu tertutup… Allahu… nasiblah makcik Siti datang.
Lepas tu saya memang pump susu & alhamdulillah saya dah berjaya buat stock.
Baby Nuar ibu, ibu minta maaf sayang. Sakitnya bengkak susu ni bagi ibu hilang pertimbangan.Nasiblah mak datang tepat pada masanya. Terima kasih ALLAH. Buat ibu ibu di luar sana, tolong ambil tahu ilmu bengkak susu. Sebab sakit dia tu boleh buat kita jadi kejam.
KATA PENULIS :

Allah… ini adalah kes ke 6 yang saya dengar dari follower 9bulan10hari.
Ada seorang mommy ni pun bertindak bunuh anaknya dengan baling ke dinding, nasiblah suami nampak & dapat selamatkan.
Tekanan ketika berpantang sama ada disebabkan oleh tangisan anak, bengkak susu, suami buat hal, langgar pantang antara punca mendapat meroyan. & meroyan boleh membuatkan ibu dibisik makluk halus untuk bertindak kejam kepada diri & anaknya.
SEBABTU MOMMY PERLU TAHU ILMU PENYUSUAN :

Apa tu bengkak susu?
Bengkak susu adalah keadaan dimana payudara akan menjadi bengkak.Lazimnya bengkak susu akan terjadi selepas beberape hari selepas proses melahirkan anak.
Simptom- simptom bengkak susu?
Payudara tiba tiba menjadi terlalu besar seperti belon yang dipam.
Demam panas.
Terasa ada benjolan dalam payu dara.
Adakalanya bengkak sehingga ke ketiak sampai nak angkat tangan pun tak mampu.
Sangat tak selesa dan lemah sungguh badan.
Sakit yang amat di bahagian payudara.
Kenapa boleh bengkak susu? Normal tak? Bahaya tak? Bila akan surut?
Banyaknya soalan kan… hehe… Baik, bengkak susu terhasil kerana susu badan terhasil dengan banyaknya selepas kita bersalin untuk dijadikan sumber makanan bagi bayi kita. Susu terhasil dari darah dalam badan kita. Lebih banyak darah mengalir ke buah dada semakin banyak susu dihasilkan maka ada tisu-tisu disekeliling akan membengkak. Akibatnya terjadilah bengkak susu. Buah dada akan menjadi keras dan membesar seperti belon yang dipamkan pula.
Walaupun teramat sakit tetapi percayalah bengkak susu ini hanya bersifat sementara saja. Bengkak susu ni akan surut dan sakit ini akan beransur normal semula dengan kekerapan dan efisien bayi kita menyusu susu badan kita selain mommy pastikan susu mommy keluar dengan baik. Maknanya ‘puting tak buta’ ..
Macam mana nak atasi bengkak susu ni??
Tukar coli anda dengan coli menyusu yang sesuai dan tidak terlalu ketat.
Susukan bayi dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.
Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.
Pastikan bayi anda menyusu sepenuhnya sebelum memberikannya yang sebelah lagi.
Pada sesi penyusuan yang berikutnya mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap oleh bayi anda.
TIPS APABILA BAYI SUKAR MENEKAP

Mungkin sukar bagi bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola iaitu di mana kawasan kulit yang gelap disekeliling puting menjadi sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Tips untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum mulakan proses memerah susu. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola anda.
Ini mungkin mengambil masa yang lama tetapi ibu-ibu haruslah bersabar dan teruskan mencuba dan bersikap positif.
Mengunakan pam manual ataupun elektronik sekali sekala adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan.Ibu hanya mengepam penghasilan susu yang berlebihan sahaja sedangkan bayi anda sudah menyusu dengan baik dan kenyang. Susu yang dipamkan boleh disimpan dengan kaedah sejukbeku untuk stok bayi anda.

Semasa bayi sedang menyusu, urutlah payudara anda dengan perlahan-lahan.Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan kesakitan pada payudara.
Jika anda tidak dapat menahan sakit maka anda boleh berjumpa doktor.
PETUA RAWATAN SECARA TRADISIONAL

Selain rawatan moden, rawatan tradisional juga boleh digunakan untuk merawat bengakak susu ini.
Urut dengan mengunakan sikat bergigi. Urut perlahan-lahan dengan mengunakan sikat sekeliling payudara.Ini akan menyebabkan susu akan terpancut keluar.Lapkan susu yang mengalir itu dengan tuala yang bersih.

Daun kobis segar dengan meletakkan daun kobis pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan walaupun kaedah ini tidak bukti untuk menyokongnya. Daun kobis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak kerana susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.

Add Comment