“Saya Ikhlas Menangis..” – Shahir Mengalir Air Mata Atas Pentas

Semalam telah berlangsung final AF Megastar. peserta yang terlibat ialah idayu, Bob, Marsha, Syamel dan juga Shahir.

Akhirnya penyanyi Idayu dinobatkan sebagai juara AF Megastar pada malam menewaskan 4 seperta yang lain.

 

Antara yang menarik malam tadi sudah tentu kehadiran Shahir yang kini sedang terpalit kontroversi bersama seorang pramugari.

Salah seorang finalis AF Megastar, Shahir, menafikan sengaja berdrama atau mengundang simpati penonton apabila mengalirkan air mata ketika menyanyikan single terbaharu berjudul ‘Mama Jangan Pergi’ di pentas akhir program realiti tersebut semalam.

Shahir berkata, sepanjang menyanyikan lagu tersebut dia cuba mengawal perasaan untuk tidak menangis namun gagal menyekat dari mengalirkan tangisan hiba di hujung persembahan.

Ini penjelasan dari Shahir sendiri:

“Saya agak sensitif apabila bercakap soal ibu dan rasanya semua orang pun begitu. Sebenarnya dari peringkat awal saya dah mula rasa sebak tapi saya tahan kerana takut mengganggu persembahan.

“Tapi ketika selesai persembahan saya dah tak boleh nak control. Kalau ada yang kata saya sengaja berdrama…sebenarnya saya pernah berlakon dan perkara yang paling susah saya nak buat ialah babak air mata.

“Saya pernah jalani penggambaran dan pengarah terpaksa tunggu lama untuk dapatkan babak saya menitiskan air mata. Jadi, kalau saya menitiskan air mata ia ikhlas dan bukanlah dibuat-buat”

Apabila menangis, ada netizendan haters yang mengatakan Shahir propa kuat. Dan ada juga komen netizen yang berseloroh dan mempersoalkan sama ada dia mengalirkan air mata kerana ibu, Erra Fazira atau Mona. Apabila ditanya soalan ini Shahir tidak melatah sebaliknya menajwab dengan jujur.

Ini komen Shahir:

“Nyanyian itu terang-terang untuk ibu saya, bukan untuk Erra mahupun Mona. Dalam sedutan video yang dipaparkan sebelum persembahan tadi pun saya ada sebut, lagu ini saya cipta khas untuk ibu saya dan ibu-ibu di luar sana”

Bercakap mengenai kenyataannya untuk menarik diri daripada konsert tersebut baru-baru ini, juara AF musim kelapan ini mengakui keadaan memaksanya berbuat demikian ketika itu.

Ini penjelasan dari Shahir:

“Apa yang membuatkan saya terfikir untuk menarik diri ialah saya ingin buktikan kepada semua orang yang saya tidak mengejar dunia, populariti atau kemasyhuran malah saya tidak kisah masuk final ataupun tidak.

“Apatah lagi bila ada yang kata saya lupa diri selepas kembali membina nama di AF Megastar, ia sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan tersebut. Sebab itu saya lebih reda menjadi orang biasa daripada orang kata saya berubah disebabkan sesuatu perkara.

“Tapi memikirkan tentang tanggungjawab dan pihak produksi juga meminta saya untuk meneruskan perjalanan di pentas AF Megastar, saya lakukan kerana tidak mahu susahkan pihak lain”

Itulah penjelasan dari Shahir. tahniah kepada Shahir yang hebat membuat persembahan dan terus kuat hadapi dugaan tatkala menghadapi final AF megastar.

Semoga kejayanya terus mekar.

Add Comment