‘SAYA TAK PERNAH JANJI NAK BAGI RESIPI IKAN JERUK NI SEBAB SAYA BERNIAGA. TETAPI..’ – INILAH RAHSIA SEBENAR KESEDAPAN TENGGIRI JERUK YANG DIJAMIN SEDAP!!

Berikut antara perkongsian resepi ikhlas dari hati pengguna Facebook, Yuss Aisya yang juga seorang peniaga makanan online. Beliau dikenali kerana menjual menu unik, jeruk daging secara online. Namun, terdapat juga permintaan popular untuk menu jeruk ikan tenggiri yang pastinya menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum hawa.

 

Mari kita lihat perkongsian resepi dari beliau:

Ramai yang minta resipi dan saya tak reply. Namun saya fikir semula rezeki kita semua Allah yang tentukan. Saya tak akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat saya rasa ‘kaya’. Dengan rendah hati saya kongsikan resepinya.

Langkah 1

 

Bersihkan tenggiri segar dan perap dengan:

Jus limau Kasturi / nipis / lemon *

Garam secukupnya *

Halia hiris halus spt mancis *

Lengkuas hiris halus spt mancis

Sedikit ketumbar biji

Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)

Black pepper (kisar)

Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yang secukupnya untuk awet ikan supaya tak busuk & tahan lama dengan izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.

Langkah 2

Mengapa daun sage?

Daun sage ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri — bersifat remedy, menenangkan dan berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk org berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum. Boleh dapatkan di pasaraya terpilih.

Langkah 3

Goreng dengan bawang dan cili. Simple. Boleh rasa masam, masin, wangi dan sedap!

Langkah 4

Siap untuk dimakan!

Resepi sangat mudah dan sesuai dijadikan pembuka selera. Hidangan sesuai dengan nasi putih panas dan kicap sahaja sudah mencukupi.

Ini yang saya jual. Pack dalam vacuum sealed untuk menjamin kesegaran jika ada yang order melalui pos!

Sumber : Facebook Yuss Aisya via The Vocket

Add Comment